Latar Belakang
Nama : Y.T.M Tunku Abdul Rahman Pura Al-Haj
Tarikh Lahir : 8 Februari 1903
Tempat Lahir : Istana Tingkat Tiga ,Alor
Setar,Kedah
Pengajian :
-Sekolah Melayu,Alor Setar
-Government English School
-Sekolah Debsurin,Bangkok
-Penang Free School
-St. Catherine College
-Universiti Cambridge (1920)
-mendapat Ijazah Sarjana Muda undang-undang dan
sejarah Universiti Cambridge (1925)
-menamatkan pengajian di Inns ofCourt
-mendapat kelayakan undang-undang
Jawatan : Ketua Pertubuhan Kebangsaan Melayu
Bersatu (UMNO) Bahagian Kedah (26 Ogos 1951)
Setelah Datuk Onn Jaafar meletakkan jawatan
sebagai Presiden UMNO, Tunku Abdul Rahman mengambil alih jawatan tersebut.
Tunku Abdul Rahman telah berusaha membawa Tanah Melayu merdeka. Selepas
menandatangani satu perjanjian di London, pada 31 Ogos 1957, terlakarlah
sejarah yang diidam-idamkan oleh segenap lapisan masyarakat di Tanah Melayu
sebelum ini iaitu istilah MERDEKA.
Teriakan
“Merdeka!” sebanyak tujuh kali yang diluahkan oleh beliau memberi makna yang
besar kepada Negara yang menjadi tuan di tanah air sendiri.
Selepas merdeka, beliau dilantik sebagai
Perdana Menteri yang pertama. Di bawah kepimpinannya, Negara maju dalam
pelbagai bidang. Beliau berusaha mengatasi masalah buta huruf, ekonomi kaum
bumiputera yang mundur, dan membina banyak jalanraya. Kemudahan yang disediakan
oleh kerajaan telah memesatkan lagi, pembangunan Negara.
Tun Abdul Razak
Ø Dilahirkan
di Pulau Keladi, Pekan, Pahang,
Ø merupakan
Timbalan Presiden UMNO dan Tinbalan Perdana Menteri.
Ø memainkan
peranan sebagai perunding dalam tuntutan kemerdekaan di London pada tahun 1956
.
Ø Beliau
itu juga menjadi perunding dalam menyiapkan perlembagaan Kemerdekaan 1957.
Ø Selain
itu , beliau telah menjadi Pengerusi Jawatankuasa Penyata Pendidikan 1956 yang
menggubal sistem pendidikan kebangsaan negara.
Ø Laporan itu dikenal sebagai Penyata Razak pada
tahun 1957.
Ø Tun
Abdul Razak telah dilantik sebagai Perdana Menteri Malaysia yang kedua pada
tahun 1970.
Tun H. S. Lee
Nama: Tun
Sir Henry Lee Hau-shik, lebih dikenali sebagai Tun H. S. Lee (1900 - 1988)
Ø dilahirkan
di Hong Kong pada 19 November 1900
Ø Merupakan
antara tokoh yang terlibat dalam mendapatkan kemerdekaan Persekutuan Tanah
Melayu
Ø Jawatan penting yang disandang beliau
termasuklah:
A.
menjadi Menteri
Kewangan pertama dalam Jemaah
Menteri Malaysia pertama.
B.
menjadi Menteri
Pengangkutan dalam kabinet sementara sebelum kemerdekaan.
Ø Pada
1924, H. S. Lee berpindah ke Malaya bagi membantu perniagaan bapanya. Beliau
dengan cepat menyesuaikan diri dan aktif berpersatuan.
Ø Selepas
perang, Tun H. S. Lee merupakan antara tokoh yang terlibat dalam menubuhkan
MCA,
Ø bertanggungjawab
memulakan kerjasama antara kaum sehingga mencetuskan idea penubuhan Parti
Perikatan.
Tun V. T. Sambathan
Ø Dilahirkan
di Sungai Siput, Perak pada tahun 1919
Ø Menjadi
Presiden Kongres India Tanah Melayu (MIC)pada tahun 1955
Ø merupakan
salah seorang dari yang menandatangani Perjanjian Kemerdekaan.
Ø Menubuhkan
sekolah untuk masyarakat India
Ø Sepanjang
tempoh menjadi menteri kabinet, begitu banyak jasa yang telah dicurahkan oleh
Sambanthan, terutama berkaitan dengan perpaduan rakyat yang berbilang kaum.
Ø Jawatan
penting yang disandang beliau termasuklah:
A.
Menteri Buruh
B.
Menteri Kesihatan
C.
Menteri
Tenaga,Telekom dan Pos
D.
Menteri Perpaduan
Negara
Tun Tan Cheng Lock
Ø Dilahirkan
di Melaka pada taahun 1883
Ø Beliau
merupakan pengasas dan Presiden Persatuan Cina Tanah Melayu (MCA) yang pertama
pada tahun 1944
Ø Sumbangan
dan jasa Tun Tan Cheng Lock ialah:
A.
Menjadi anggota
Jawatankuasa Hubungan antara Kaum (1949)
B.
Menyatukan
kaum Cina untuk bersama-sama
memperjuangkan kemerdekaan
Tun Hussein bin Dato’ Onn
1922: Dilahirkan di Johor Bahru pada 12
Februari.
1942 (umur 20): Terlibat secara
aktif dalam peperangan di Mesir, Syria, Palestin dan Iraq.
1945 (umur 23): Pulang ke tanah
air dan dilantik sebagai Komandan Polis Johor Bahru.
1946 (umur 24): Menyertai
ayahandanya dalam bidang politik apabila Dato’ Onn bin Jaafar menubuhkan
Pergerakan Melayu Johor Semenanjung dan dilantik sebagai Penolong Setiausaha
Agung UMNO.
1950 (umur 28): Dilantik
sebagai Ketua Pergerakan Pemuda UMNO yang pertama; juga dilantik sebagai ahli
Majlis Mesyuarat Persekutuan disamping menduduki Majlis Mesyuarat Perundangan
Negeri Johor dan Majlis Kerja Negeri Johor.
1951 (umur 29): Menyertai
ayahandanya keluar dari UMNO dan menubuhkan Independent of Malaya Party (IMP)
dan kemudiannya Parti Negara.
1958 (umur 36): Mendapat ijazah
undang-undang di Lincoln's Inn, England.
1964 (umur 42): Menyertai UMNO
semula atas pelawaan birasnya, Tun Abdul Razak, Yang DiPertua UMNO
1969 (umur 47): Dilantik
sebagai ahli jawatankuasa Kerja UMNO (kini Majlis Kerja Tertinggi UMNO) pada
Jun.
1970 (umur 48): Menjadi Menteri
Pelajaran pada September.
1972 (umur 50): Dipilih sebagai
Naib Presiden UMNO
1973 (umur 51): Dilantik sebagai pemangku Timbalan Presiden pada
8 Ogos oleh Majlis Tertinggi UMNO berikutan kematian Tun Dr. Ismail. Juga
dilantik sebagai Timbalan Perdana Menteri pada 13 Ogos dan memegang portfolio
Menteri Perdagangan dan Perindustrian.
1976 (umur 54): Disahkan
sebagai pemangku Presiden UMNO berikutan kematian Tun Razak. Menjadi Perdana Menteri Malaysia yang
ketiga pada 15
Januari.
1978 (umur 56): Menang jawatan
Presiden UMNO tanpa bertanding.
1981 (umur 59): Menyatakan hasratnya
untuk tidak mempertahankan jawatan Presiden UMNO sekaligus mengundurkan diri
dari kepimpinan negara. Meletakkan jawatan sebagai Perdana Menteri negara pada
Julai 1981 atas sebab kesihatan dan diambil alih oleh Dato' Seri Dr Mahathir
Mohamad.
1990 (umur 68): Pulang ke
Rahmatullah pada 29 Mei 1990 di San Francisco, Amerika Syarikat kerana serangan
sakit jantung. Allahyarham disemadikan di Makam Pahlawan Masjid Negara.
-MERDEKA-