Friday, 8 February 2013

tokoh tokoh kemerdekaan



Latar Belakang




Nama : Y.T.M Tunku Abdul Rahman Pura Al-Haj 
Tarikh Lahir : 8 Februari 1903 
Tempat Lahir : Istana Tingkat Tiga ,Alor Setar,Kedah
Pengajian : 
-Sekolah Melayu,Alor Setar
-Government English School 
-Sekolah Debsurin,Bangkok
-Penang Free School 
-St. Catherine College
-Universiti Cambridge (1920)
-mendapat Ijazah Sarjana Muda undang-undang dan sejarah Universiti Cambridge (1925)
-menamatkan pengajian di Inns ofCourt
-mendapat kelayakan undang-undang
Jawatan : Ketua Pertubuhan Kebangsaan Melayu Bersatu (UMNO) Bahagian Kedah (26 Ogos 1951)


  
  

             Setelah Datuk Onn Jaafar meletakkan jawatan sebagai Presiden UMNO, Tunku Abdul Rahman mengambil alih jawatan tersebut. Tunku Abdul Rahman telah berusaha membawa Tanah Melayu merdeka. Selepas menandatangani satu perjanjian di London, pada 31 Ogos 1957, terlakarlah sejarah yang diidam-idamkan oleh segenap lapisan masyarakat di Tanah Melayu sebelum ini iaitu istilah MERDEKA.
  
           Teriakan “Merdeka!” sebanyak tujuh kali yang diluahkan oleh beliau memberi makna yang besar kepada Negara yang menjadi tuan di tanah air sendiri.
  
           Selepas merdeka, beliau dilantik sebagai Perdana Menteri yang pertama. Di bawah kepimpinannya, Negara maju dalam pelbagai bidang. Beliau berusaha mengatasi masalah buta huruf, ekonomi kaum bumiputera yang mundur, dan membina banyak jalanraya. Kemudahan yang disediakan oleh kerajaan telah memesatkan lagi, pembangunan Negara.









Tun Abdul Razak
Ø Dilahirkan di Pulau Keladi, Pekan, Pahang,

Ø merupakan Timbalan Presiden UMNO dan Tinbalan Perdana Menteri.

Ø memainkan peranan sebagai perunding dalam tuntutan kemerdekaan di London pada tahun 1956 .

Ø Beliau itu juga menjadi perunding dalam menyiapkan perlembagaan Kemerdekaan 1957.

Ø Selain itu , beliau telah menjadi Pengerusi Jawatankuasa Penyata Pendidikan 1956 yang menggubal sistem pendidikan kebangsaan negara.

Ø  Laporan itu dikenal sebagai Penyata Razak pada tahun 1957.

Ø Tun Abdul Razak telah dilantik sebagai Perdana Menteri Malaysia yang kedua pada tahun 1970.
Tun H. S. Lee
Nama: Tun Sir Henry Lee Hau-shik, lebih dikenali sebagai Tun H. S. Lee (1900 - 1988)  
Ø dilahirkan di Hong Kong pada 19 November 1900

Ø Merupakan antara tokoh yang terlibat dalam mendapatkan kemerdekaan Persekutuan Tanah Melayu

Ø  Jawatan penting yang disandang beliau termasuklah:

A.    menjadi Menteri Kewangan pertama dalam Jemaah Menteri Malaysia pertama.

B.    menjadi Menteri Pengangkutan dalam kabinet sementara sebelum kemerdekaan.

Ø Pada 1924, H. S. Lee berpindah ke Malaya bagi membantu perniagaan bapanya. Beliau dengan cepat menyesuaikan diri dan aktif berpersatuan.

Ø Selepas perang, Tun H. S. Lee merupakan antara tokoh yang terlibat dalam menubuhkan MCA,



Ø bertanggungjawab memulakan kerjasama antara kaum sehingga mencetuskan idea penubuhan Parti Perikatan.




Tun V. T. Sambathan
Ø Dilahirkan di Sungai Siput, Perak pada tahun 1919

Ø Menjadi Presiden Kongres India Tanah Melayu (MIC)pada tahun 1955

Ø merupakan salah seorang dari yang menandatangani Perjanjian Kemerdekaan.

Ø Menubuhkan sekolah untuk masyarakat India

Ø Sepanjang tempoh menjadi menteri kabinet, begitu banyak jasa yang telah dicurahkan oleh Sambanthan, terutama berkaitan dengan perpaduan rakyat yang berbilang kaum.

Ø Jawatan penting yang disandang beliau termasuklah:

A.    Menteri Buruh
B.    Menteri Kesihatan
C.     Menteri Tenaga,Telekom dan Pos
D.    Menteri Perpaduan Negara




Tun Tan Cheng Lock
Ø Dilahirkan di Melaka pada taahun 1883

Ø Beliau merupakan pengasas dan Presiden Persatuan Cina Tanah Melayu (MCA) yang pertama pada tahun 1944


Ø Sumbangan dan jasa Tun Tan Cheng Lock ialah:


A.    Menjadi anggota Jawatankuasa Hubungan antara Kaum (1949)

B.    Menyatukan kaum  Cina untuk bersama-sama memperjuangkan kemerdekaan





Tun Hussein bin Dato’ Onn
1922: Dilahirkan di Johor Bahru pada 12 Februari.

1942 (umur 20): Terlibat secara aktif dalam peperangan di Mesir, Syria,                Palestin  dan Iraq.

1945 (umur 23): Pulang ke tanah air dan dilantik sebagai Komandan Polis Johor Bahru.

1946 (umur 24): Menyertai ayahandanya dalam bidang politik apabila Dato’ Onn bin Jaafar menubuhkan Pergerakan Melayu Johor Semenanjung dan dilantik sebagai Penolong Setiausaha Agung UMNO.

1950 (umur 28): Dilantik sebagai Ketua Pergerakan Pemuda UMNO yang pertama; juga dilantik sebagai ahli Majlis Mesyuarat Persekutuan disamping menduduki Majlis Mesyuarat Perundangan Negeri Johor dan Majlis Kerja Negeri Johor.
1951 (umur 29): Menyertai ayahandanya keluar dari UMNO dan menubuhkan Independent of Malaya Party (IMP) dan kemudiannya Parti Negara.

1958 (umur 36): Mendapat ijazah undang-undang di Lincoln's Inn, England.

1964 (umur 42): Menyertai UMNO semula atas pelawaan birasnya, Tun Abdul Razak, Yang DiPertua UMNO

1969 (umur 47): Dilantik sebagai ahli jawatankuasa Kerja UMNO (kini Majlis Kerja Tertinggi UMNO) pada Jun.

1970 (umur 48): Menjadi Menteri Pelajaran pada September.

1972 (umur 50): Dipilih sebagai Naib Presiden UMNO

 1973 (umur 51): Dilantik sebagai pemangku Timbalan Presiden pada 8 Ogos oleh Majlis Tertinggi UMNO berikutan kematian Tun Dr. Ismail. Juga dilantik sebagai Timbalan Perdana Menteri pada 13 Ogos dan memegang portfolio Menteri Perdagangan dan Perindustrian.
1976 (umur 54): Disahkan sebagai pemangku Presiden UMNO berikutan kematian Tun Razak. Menjadi Perdana Menteri Malaysia yang ketiga pada 15 Januari.
1978 (umur 56): Menang jawatan Presiden UMNO tanpa bertanding.

1981 (umur 59): Menyatakan hasratnya untuk tidak mempertahankan jawatan Presiden UMNO sekaligus mengundurkan diri dari kepimpinan negara. Meletakkan jawatan sebagai Perdana Menteri negara pada Julai 1981 atas sebab kesihatan dan diambil alih oleh Dato' Seri Dr Mahathir Mohamad.

1990 (umur 68): Pulang ke Rahmatullah pada 29 Mei 1990 di San Francisco, Amerika Syarikat kerana serangan sakit jantung. Allahyarham disemadikan di Makam Pahlawan Masjid Negara.


                                             -MERDEKA-



No comments:

Post a Comment