=Proses menjalin helaian benang sama ada benang kapas atau emas secara berselang seli sehingga menjadi sehelai kain.
JENIS-JENIS
TENUNAN
(ada banyak lagi..saya senaraikan tiga sahaja)
- tenunan
Pahang
- tenunan songket(benang emas)
- tenunan pua (berasal dari Sarawak)
- tenunan songket(benang emas)
- tenunan pua (berasal dari Sarawak)
PROSES
MENENUN
Setelah benang dibersihkan dan dimasukkan ke dalam pencelup warna, ia dibilas dengan air dan dijemur hingga kering. Lapan
proses lagi yang terlibat sebelum sesuatu tenunan boleh disiapkan ialah :
•melerai
•menganing
•menggulung
•menyampuk
•menghubung
•mengarak
• menyolek
•menenun
1. Melerai
Benang yang telah kering dimasukkan ke dalam sejenis alat yang
bernama rahak untuk diputarkan pada satu alat yang
bernama peleting.
2. Menganing
Benang yang telah menjalani
proses melerai dimasukkan ke dalam alat menganing untuk menentukan ukuran panjang benang yang hendak dimuatkan pada alat ini.
3. Menggulung
Benang yang telah dianing akan digulung pada papan gulung mengikut lebar gigi jentera dan panjang losen pada papan gulung yang
hendak dipasung
4. Menyampuk
Menyampuk ialah
proses memasukkan benang losen ke dalam gigi jentera atau sikat
5. Menghubung
Menghubung ialah
proses menyambungkan benang daripada losen kepada benang yang tertinggal pada jentera. Cara ikatannya dipanggil ubung tindas. Proses ini bertujuan menyambungkan benang losen untuk menenun.
6. Mengarak
Kerja mengarak dilakukan setelah selesai
proses menyampuk. Mengarak dilakukan dengan melilit benang asing atau benang karat kepada kayu karat, termasuk benang losen.
7. Menyolek
Kerja menyolek bunga merupakan kerja yang
paling rumit dalam proses menenun kain songket. Cara menyolek reka corak adalah dengan menyusulkan lidi-lidi buluh pada benang losen yang dikehendaki.
8. Menenun
Menenun adalah
proses terakhir, iaitu benang losen dipangkah oleh benang pakan untuk dijadikan kain
No comments:
Post a Comment